ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT SEJAHTERA KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W

kita sebagai hambanya tidak akan pernah terlepas...

Tuesday, February 23, 2010

Assalamualaikum......

alhmdulillah hari ini lebih baik dari semalam.....aq masih dalam perjuangan..sepanjang perjalanan ini banyak bende yang kita jumper ..kita tempuh...kita lalui ...kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik .....aq juga begitu  walaupun tidak banyak yang aq lalui dalam hidup ini ..tapi sekurang-kurangnya ia memberikan aq pengalaman...bak kata org pengalaman lagi penting....entahlah ......harap sepanjang perjalanan ini aq diberikan kesudahan yang terbaik insyallah...

Monday, February 22, 2010

40 org terkaya di malaysia...tgok sapa di rank yg pertama..so pepehamlah

Majalah Malaysian Business hari ini mengeluarkan senarai 40 Manusia Terkaya di Malaysia (baca: Malaysia’s 40 richest people).
Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2010 dengan anggaran kekayaan masing-masing:
  1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b
  2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas)  RM27b
  3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group)  RM11.92b
  4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
  5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group)  RM10.38b
  6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
  10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b
Mengikut majalah tersebut, jumlah kekayaan 40 individu tersebut meningkat berbanding tahun lalu, namun masih belum setinggi tahun 2008 sebanyak RM171.9 billion. Untuk tahun 2010, direkodkan, jumlah kekayaan terkumpul untuk 40 individiu tersebut ialah RM156.7 billion.
Lima muka baru dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.
beliamuda: [1] Banyak betul kekayaan mereka-mereka ini. Tapi, bukan bermakna jumlah duit yang mereka ada adalah banyak tu. Kan? Sebab kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari yang lalu. :D [2] Info dipetik daripada dua sumber; Utusan Malaysia Online dan The Sun Daily. Berita asal daripada BERNAMA.
Senarai Orang Terkaya Malaysia

Sunday, February 21, 2010

try baca tengok.....

Apabila sesuatu bangsa menguasai negara dan sesuatu bangsa lainnya
Secara fizikal negara dan bangsa itu sudah hilang
kemerdekaannya dan kebebasannya
Kerana negara itu tidak ada kuasa mentadbir dan menentukan
nasib negara dan bangsanya
Apabila penjajah itu menerapkan ideologinya, didikannya,
budayanya dan buah fikirannya
Cengkaman penjajah itu sudah semakin menyerap dan kuat
Satu dijajah di segi fizikal dan kedua dijajah di segi
mental dan rohani
Lama-kelamaan bangsa yang dijajah berubah watak.
Rupanya sahaja tidak berubah tapi cara berfikir, sifat, akhlak dan
budaya sudah sama dengan penjajah.
Apabila bangsa itu menuntut kemerdekaan dan diberi
kemerdekaan tidak kiralah cara apa pun
Terungkailah satu bentuk……penjajahan iaitu penjajahan
penjajahan fizikal, tapi tinggal satu lagi penjejahan
mental dan rohani
Penjajajahn fizikal walaupun sudah lama merdeka dan bebas
Adakalanya penjajahan mental dan rohani beratus tahun
masih bertapak kekal
Kesan dari penjajahan yang asalnya secara fizikal
Di dalam pada itu ramai manusia tidak tahu ada dua
penjajah yang mereka tidak sedar
Penjajahan nafsu dan penjajahan syaitan
Dua bentuk penjajahan ini ramai orang kena jajah sampai mati
Sekalipun dia pandai, kaya, tentera dan polis dan orang ramai
Dua penjajah ini pemimpin dan ulama pun kena jajah secara tidak sedar
Dua penjajah ini amat dahsyat
Kerana ramai orang tidak sedar dia dijajah kecuali
orang yang bertaqwa
Penjajahan dua jenis makhluk ini dahsyat dan hebat
Kerana orang yang dijajahnya dibuat seperti bola
Tidak mampu lagi mengawal dan mentadbir dirinya
Di dalam diri ada dua penjajah yang berkuasa,
nafsu dan syaitan yang bermaharajalela.

Newer Posts Home

http://www.meebo.com/rooms
 

blogger templates | Make Money Online